Penduduk, ekonomi, alam sekitar antara fokus datuk bandar baharu Subang Jaya

5 Ogos 2026, 4:13 AM
Penduduk, ekonomi, alam sekitar antara fokus datuk bandar baharu Subang Jaya
Penduduk, ekonomi, alam sekitar antara fokus datuk bandar baharu Subang Jaya

SHAH ALAM, 5 OGOS: Penduduk, infrastuktur, alam sekitar, ekonomi dan penguatkuasaan undang-undang akan menjadi keutamaan Datuk Bandar Subang Jaya baharu dilantik, Dato' Rumaizi Baharin.

Beliau yang juga bekas datuk bandar Ipoh itu berkata perbezaan ketara kedua-dua pihak berkuasa tempatan yang dipimpinnya itu adalah cara pemikiran penduduknya.

"Cara orang Ipoh dan Subang Jaya berfikir sangat berbeza. Jadi kita perlu faham dahulu sebelum tengok infrastruktur di bandar.

"Alam semuljadi juga aspek penting dalam pengurusan bandar. Kita perlu mengkaji punca sebenar di sebalik bencana alam seperti banjir," katanya dipetik The Star.

Beliau turut meletakkan ekonomi sebagai salah satu aspek yang perlu diberikan perhatian terutama isu kemiskinan bandar.

"Kita juga perlu memastikan semua undang-undang pentadbiran bandar dikuatkuasakan sewajarnya," katanya lagi.

Beliau dipetik demikian selepas majlis angkat sumpah di ibu pejabat Majlis Perbandaran Subang Jaya (MBSJ), pada Isnin.

Majlis itu disaksikan Timbalan Datuk Bandar Mohd Zulkurnain Che Ali serta barisan ahli majlis MBSJ.

Rumaizi memulakan penggal dua tahun sebagai datuk bandar MBSJ bermula 3 Ogos lalu.

Beliau turut menyatakan tekadnya untuk memperkukuh kewangan MBSJ dengan penerokaan sumber perolehan baharu dan mengoptimasikan saluran perolehan kewangan sedia ada.

"Semua usaha untuk menambah pendapatan MBSJ akan dilaksanakan secara inovatif dan integrity untuk mengelak bebanan kepada penduduk. Kami juga akan meneroka potensi sumber pendapatan lain seperti pelaburan dan kerjasama awam-swasta, bukan hanya tertumpu kepada cukai taksiran.

"Setiap jabatan di MBSJ juga dihendaki meningkatkan kecekapan, mengurangkan pembaziran, mengukuhkan tadbir urus dan mengoptimumkan aset majlis," katanya dipetik The Star.

Aspirasi Rumaizi adalah untuk mengubah Subang Jaya kepada bandar pintar dengan penerapan nilai-nilai seperti integriti, kebertanggungjawaban, kesaksamaan dan kelestarian.

"Bandar pintar bukan hanya soal mempunyai teknologi pintar, tetapi juga memastikan setiap dasar, pelan dan perkhidmatan yang kita sampaikan memberi manfaat kepada penduduk dan alam semulajadi.

"Saya percaya kejayaan bandar tidak hanya diukur menerusi (pembangunan) fizikal dan kemajuan teknologi, tetapi juga menerusi kemampuannya untuk membentuk masyarakat harmoni, alam sekitar yang lestari dan tadbir urus berkesan."

Kategoripbt

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.