MPS keluar lapan kompaun, sita dua lori dalam operasi di Rawang

4 Ogos 2026, 4:00 AM
MPS keluar lapan kompaun, sita dua lori dalam operasi di Rawang
MPS keluar lapan kompaun, sita dua lori dalam operasi di Rawang
MPS keluar lapan kompaun, sita dua lori dalam operasi di Rawang
MPS keluar lapan kompaun, sita dua lori dalam operasi di Rawang

SHAH ALAM, 4 OGOS: Majlis Perbandaran Selayang (MPS) mengeluarkan lapan kompaun, menggantung serta menarik balik dua lesen perniagaan selain menyita pelbagai barangan termasuk dua lori dalam operasi penguatkuasaan bersepadu di Pasar MPS Bandar Country Homes (BCH), Rawang pada 2 Ogos lalu.

Operasi diketuai Jabatan Penilaian dan Pengurusan Harta (JPPH) dengan kerjasama Jabatan Penguatkuasa dan Keselamatan (JPK) serta Jabatan Pelesenan itu bertujuan membanteras aktiviti perniagaan tanpa kebenaran, selain memastikan peniaga mematuhi syarat pelesenan dan tidak menghalang laluan awam, bahu jalan serta petak parkir.

MPS dalam kenyataan memaklumkan pemeriksaan mendapati beberapa kesalahan dilakukan peniaga, termasuk menjalankan perniagaan tanpa lesen, gagal mempamerkan lesen perniagaan dan tidak berada di premis ketika pemeriksaan dijalankan.

"Jabatan Pelesenan mengeluarkan lapan kompaun di bawah Undang-Undang Kecil Penjaja (MPS) 2007 dan peruntukan berkaitan.

"Selain itu, dua lesen perniagaan digantung dan ditarik balik, manakala tiga notis penutupan premis turut dikeluarkan," menurut kenyataan itu.

Dalam operasi sama, JPK mengeluarkan 15 inventori sitaan membabitkan pelbagai barangan dan peralatan perniagaan.

Antara yang disita ialah dua lori, khemah, meja, kerusi, payung berniaga, troli, tong ais, pakaian, aksesori wanita serta pelbagai jenis sayur-sayuran, buah-buahan dan bunga.

Operasi berkenaan turut disertai Timbalan Pengarah JPPH, Sr. Fazlin Mariam Mustafa, Pengarah Jabatan Pelesenan, Mohd Syukri Abdullah Zawawi serta pegawai daripada JPPH, JPK dan Jabatan Pelesenan.

MPS berkata operasi penguatkuasaan bersepadu akan diteruskan secara berkala bagi memastikan semua aktiviti perniagaan mematuhi undang-undang yang berkuat kuasa, sekali gus mewujudkan persekitaran perniagaan yang lebih teratur, selamat dan kondusif untuk masyarakat.

Kategoripbt

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.