Amaran ribut petir, hujan lebat di sembilan negeri hingga 6 petang

3 Ogos 2026, 7:36 AM
Amaran ribut petir, hujan lebat di sembilan negeri hingga 6 petang

SHAH ALAM, 3 OGOS: Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang yang dijangka melanda beberapa kawasan di Semenanjung, Sabah, Sarawak serta Wilayah Persekutuan Labuan sehingga 6 petang ini.

MetMalaysia memaklumkan kawasan yang dijangka terjejas ialah Sik dan Baling di Kedah; Kuala Kangsar, Kinta, Kampar, Batang Padang serta Muallim di Perak; Jeli, Bachok dan Pasir Puteh di Kelantan; Besut, Setiu dan Hulu Terengganu di Terengganu.

Turut terlibat ialah Tanah Tinggi Cameron, Lipis, Raub, Jerantut, Kuantan dan Rompin di Pahang serta Kluang dan Mersing di Johor.

Di Sarawak, amaran cuaca buruk melibatkan Bau di Kuching; Sri Aman; Pusa dan Betong di Bahagian Betong; Pakan, Julau dan Meradong di Bahagian Sarikei; Sibu; serta Song dan Kapit di Bahagian Kapit.

Di Sabah pula, kawasan terlibat ialah Sipitang, Tenom, Kuala Penyu, Beaufort, Keningau dan Tambunan di Pedalaman, seluruh Pantai Barat serta Kota Marudu di Kudat, selain Wilayah Persekutuan Labuan.

"Amaran berkenaan dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 milimeter sejam yang hampir berlaku atau dijangka berterusan melebihi sejam.

"Amaran ribut petir ialah amaran cuaca jangka pendek yang sah bagi tempoh tidak melebihi enam jam bagi setiap keluaran," katanya dalam kenyataan hari ini.

Orang ramai dinasihatkan mendapatkan maklumat cuaca terkini menerusi laman sesawang rasmi METMalaysia, aplikasi myCuaca dan saluran media sosial rasmi jabatan itu.

Kategorinasional

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.