Autisme atau Gangguan Spektrum Autisme (Autism Spectrum Disorder, ASD) ialah gangguan perkembangan neurologi yang mempengaruhi cara seseorang berkomunikasi, bergaul dengan orang lain serta memahami persekitaran. Ia bukan penyakit berjangkit, sebaliknya beza keadaan perkembangan otak sejak lahir atau awal usia kanak-kanak.
Istilah "spektrum" menggambarkan setiap individu autisme mempunyai ciri, keupayaan dan cabaran yang berbeza. Ada yang mampu belajar, bekerja dan hidup berdikari dengan sedikit sokongan, manakala ada yang memerlukan bantuan yang lebih intensif dalam aktiviti harian, komunikasi serta pembelajaran.
Individu autisme juga mempunyai potensi dan kekuatan tersendiri. Ada yang cemerlang dalam bidang seni, muzik, teknologi, matematik atau mempunyai daya tumpuan yang tinggi terhadap sesuatu minat. Dengan intervensi awal, pendidikan yang sesuai dan sokongan berterusan daripada keluarga serta masyarakat mampu mengembangkan potensi mereka.
Peningkatan bilangan diagnosis tidak bermaksud lebih ramai kanak-kanak mengalami autisme sebaliknya mencerminkan pemahaman masyarakat yang semakin baik terhadap keadaan tersebut.
Meski kesedaran masyarakat meningkat, memahami autisme bukan sekadar mengenali gejala, bahkan menerima setiap individu berhak mendapat peluang yang sama untuk belajar, bekerja, menyertai kumpulan sosial tanpa sikap prejudis di samping menyumbang kepada pembangunan negara.
Apa itu Autisme
Autisme adalah gangguan perkembangan neuro sepanjang hayat yang melibatkan perkembangan otak dan mempengaruhi keupayaan untuk berkomunikasi, berinteraksi secara sosial dan belajar.
Gangguan ini tidak dapat dikenalpasti hanya dengan melihat secara fizikal. Biasanya individu autisme dapat dilihat melalui kekurangan dalam komunikasi sosial dan interaksi serta tingkah laku yang berulang.
Keadaan ini biasanya dapat dilihat pada usia awal kanak-kanak (sebelum 3 tahun) dan boleh dikenalpasti seawal usia 18 bulan. Ada sesetengah individu terjejas dengan autisme pada tahap yang rendah, sederhana atau tahap yang tinggi.
Statistik
Tidak ada punca sebenar autisme, tetapi ada kaitan dengan faktor genetik, persekitaran dan biologi.
Sehingga hujung 2024, seramai 58,708 kanak-kanak yang didiagnosis dengan autisme telah berdaftar dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).
Bagi kadar kelahiran dianggarkan kira-kira 9,000 kanak-kanak di Malaysia lahir dengan spektrum autisme setiap tahun.
Data Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit (CDC) Amerika Syarikat menganggarkan 1 daripada 31 kanak-kanak menghidap ASD, meningkat daripada anggaran 1 dalam 44 sebelum ini dengan nisbah 4 lelaki kepada 1 perempuan.

Jenis Autisme
Tahap 1 Perlukan sokongan
.sukar untuk mulakan komunikasi dalam interaksi sosial
sering hadapi masalah berkawan
tidak selesa dengan perubahan rutin
sukar untuk cuba benda baharu atau buat perancangan
Tahap 2 Perlukan sokongan ketara
perlukan lebih sokongan
cenderung bercakap dalam ayat mudah
minat berbuat dalam topik tertentu
sukar fahami isyarat komunikasi bukan lisan seperti ekspresi wajah
suka melakukan sesuatu perkara berulang
lebih tonjol rasa tidak selesa dengan perubahan
Tahap 3 Perlukan sokongan sangat ketara
tidak boleh berkomunikasi secara lisan atau guna beberapa perkataan sahaja
tunjuk interaksi sosial yang terhad
sukar terima perubahan rutin dan persekitaran
sukar fokus banyak perkara dalam satu masa
tunjuk tingkah laku berulang yang akan jejaskan keupayaan
Gejala/ciri ASD
1) Interaksi Sosial dan Komunikasi
* Ketiadaan pertuturan atau kelewatan dalam pertuturan
Kehilangan kemahiran bahasa pada mana-mana peringkat umur
Tidak bertindak balas apabila nama dipanggil
Pertuturan yang tidak biasa atau jelas (ulang ayat atau buat bunyi aneh)
Sukar berkomunikasi secara normal dan lancar
Tidak tiru pergerakan orang dewasa
Hubungan mata yang terhad atau tidak konsisten
Tidak tunjuk minat bergaul / main dengan kanak-kanak lain
Tidak tunjuk komunikasi bukan lisan yang sesuai dengan umur
Tidak kongsi minat dengan penjaga dan mungkin tidak melihat objek yang ditunjukkan
2) Kelakuan Berulang
Pergerakan motor yang berulang-ulang - kepakkan tangan atau menjentik, berputar, melompat
Bermain berulang - Rapatkan objek, memutar objek, menyimpan barang
'Stereotypical speech' - ulang frasa berulang kali, frasa huru-hara
Tunjukkan ketidakselesaan di mana-mana kawasan - ingin pakai baju yang sama setiap hari
Kepentingan yang tetap - obses dengan objek, minat, atau topik tertentu
Terlalu peka atau tidak langsung peka terhadap kawasan deria seperti sakit, bunyi, lampu, suhu, tekstur, atau pergerakan

Kanak-kanak autistik dari Persatuan Inisiatif Sokongan Autisme Nouri Berhad (Insani) mengadakan persembahan dalam suatu majlis di Wisma PKPS, Shah Alam pada 13 Mac 2019. Foto ASRI SAPFIE/SELAMGORKINI Pilihan Rawatan
Terapi tingkah laku dan komunikasi
Memahami apa yang berlaku sebelum dan selepas tingkah laku adalah fokus utama pendekatan tingkah laku. Pendekatan tingkah laku menunjukkan rawatan tertinggi untuk merawat gejala ASD.
Ubat
Ubat untuk gejala tertentu mungkin ditetapkan oleh doktor. Dengan ubat-ubatan, seseorang yang menghidap ASD mungkin alami lebih sedikit kejadian kerengsaan, pencerobohan, hiperaktif atau tingkah laku yang berulang.
Terapi pertuturan
Keupayaan individu untuk memahami dan menggunakan bahasa dipertingkat melalui terapi pertuturan dan bahasa. Sesetengah orang dengan ASD berkomunikasi manakala yang lain menggunakan tanda, gerak isyarat, gambar atau peranti komunikasi elektronik.
Terapi Kerja
Kemahiran yang membolehkan pesakit hidup berdikari yang mungkin diajar melalui terapi cara kerja. Kemahiran ini termasuk berpakaian, makan, mandi, dan berinteraksi dengan orang lain.
Terapi Pendidikan
Pendekatan Rawatan dan Pendidikan Kanak-Kanak Cacat Komunikasi Autistik dan Berkaitan (TEACCH) merupakan salah satu jenis strategi pendidikan. Ia memberi guru cara untuk mengubah struktur bilik darjah dan meningkatkan hasil akademik dan lain-lain.
Terapi Keluarga
Satu terapi khusus yang hanya berfungsi dengan orang dan keluarga mereka yang mempunyai gangguan spektrum autisme. Sesetengah gangguan ini termasuk sindrom Asperger, kebimbangan, gangguan kekurangan perhatian atau keadaan lain yang berkaitan dengannya.







