Mohd Yazid terajui MBPJ, Amirul Azizan Timbalan SUK Selangor

30 Jul 2026, 1:34 AM
Mohd Yazid terajui MBPJ, Amirul Azizan Timbalan SUK Selangor

SHAH ALAM, 30 JULAI: Dato' Mohd Yazid Sairi dilantik sebagai Datuk Bandar Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) manakala Dato' Amirul Azizan Abd Rahim sebagai Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri (Pengurusan).

Mereka akan memulakan tugas masing-masing berkuat kuasa pada 3 Ogos 2026.

Sebelum pelantikan itu, Mohd Yazid berkhidmat sebagai Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri (Pengurusan).

Turut menerima surat pelantikan ialah Amri Ismail sebagai Yang Dipertua Majlis Perbandaran Kuala Langat (MPKL) berkuat kuasa pada 1 Ogos.

Surat pelantikan diserahkan Setiausaha Kerajaan Negeri, Dato' Dr Ahmad Fadzli Ahmad Tajuddin, dalam satu majlis di Bangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah di sini, petang semalam (29 Julai).

Pengumuman mengenai pelantikan itu turut dimuat naik menerusi akaun Facebook rasmi Kerajaan Negeri Selangor.

"Tahniah dan selamat menjalankan tugas diucapkan," menurut hantaran berkenaan.

Kategoriselangor

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.