Amaran ribut petir seluruh Selangor, KL dan Putrajaya hingga 9 malam

29 Jul 2026, 10:45 AM
Amaran ribut petir seluruh Selangor, KL dan Putrajaya hingga 9 malam

SHAH ALAM, 29 JULAI: Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang membabitkan seluruh Selangor sehingga jam 9 malam ini.

Selain Selangor, amaran sama turut melibatkan Terengganu, Pahang, Kuala Lumpur, Putrajaya, Negeri Sembilan, Johor serta beberapa kawasan di Sarawak dan Sabah.

MetMalaysia memaklumkan amaran itu dikeluarkan susulan tanda-tanda berlakunya ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 milimeter sejam (mm/j) yang hampir berlaku atau dijangka berterusan melebihi sejam.

Menurut jabatan itu, amaran ribut petir merupakan amaran jangka pendek yang sah bagi tempoh tidak melebihi enam jam bagi setiap keluaran.

Kategorinasional

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.