Ribut petir, hujan lebat diramal landa lima daerah Selangor hingga 7 malam

27 Jul 2026, 7:43 AM
Ribut petir, hujan lebat diramal landa lima daerah Selangor hingga 7 malam

SHAH ALAM, 27 JULAI: Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang di beberapa kawasan di Selangor sehingga jam 7 malam ini.

MetMalaysia memaklumkan kawasan yang dijangka terjejas ialah Sabak Bernam, Kuala Selangor, Hulu Selangor, Gombak dan Hulu Langat.

Amaran sama turut melibatkan beberapa kawasan di Perak, Pahang, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Negeri Sembilan, Johor serta Sabah.

Menurut MetMalaysia, amaran itu dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 milimeter (mm) sejam yang hampir berlaku atau dijangka berterusan melebihi sejam.

"Amaran ribut petir ialah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam bagi setiap keluaran," menurut kenyataan itu.

Kategoriselangor

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.