Selangor perkukuh budaya keselamatan makanan demi kesejahteraan rakyat

26 Jul 2026, 1:30 PM
Selangor perkukuh budaya keselamatan makanan demi kesejahteraan rakyat
Selangor perkukuh budaya keselamatan makanan demi kesejahteraan rakyat
Selangor perkukuh budaya keselamatan makanan demi kesejahteraan rakyat
Selangor perkukuh budaya keselamatan makanan demi kesejahteraan rakyat

SHAH ALAM, 26 JULAI: Kerajaan Negeri terus memperkukuh budaya keselamatan makanan menerusi pendekatan pendidikan, kesedaran dan kerjasama pelbagai pihak bagi memastikan rakyat menikmati makanan bersih, selamat serta berkualiti.

EXCO Kesihatan Awam Jamaliah Jamaluddin berkata Sambutan Hari Keselamatan Makanan Sedunia 2026 Peringkat Negeri Selangor menjadi platform meningkatkan kesedaran bahawa keselamatan makanan merupakan tanggungjawab bersama melibatkan pengeluar, pengendali makanan dan pengguna.

Menurut beliau, jaminan terhadap makanan yang bersih, selamat dan berkualiti amat penting, khususnya bagi sebuah negeri yang pesat membangun seperti Selangor.

"Dalam sebuah negeri yang pesat membangun seperti Selangor, jaminan terhadap makanan yang bersih, selamat dan berkualiti amat penting dalam melindungi kesihatan awam serta menyokong kesejahteraan rakyat.

"Melalui pendekatan pendidikan, kesedaran dan kerjasama pelbagai pihak, kita dapat terus memperkukuh budaya keselamatan makanan dalam masyarakat," katanya menerusi Facebook.

Terdahulu beliau merasmikan Majlis Sambutan Hari Keselamatan Makanan Sedunia 2026 Peringkat Negeri Selangor anjuran Jabatan Kesihatan Negeri Selangor di Pasaraya Mydin Subang Jaya, semalam.

Turut hadir Timbalan Ketua Pengarah Kesihatan (Program Keselamatan dan Kualiti Makanan), Ts Zailina Abdul Majid, Pengarah Kesihatan Negeri Selangor, Dr Ummi Kalthom Shamsudin dan Timbalan Pengarah Kesihatan Negeri Selangor (Keselamatan dan Kualiti Makanan), Sazali Harun.

Selain itu, turut hadir adalah Pengarah Urusan MYDIN Mohamed Holdings Berhad, Datuk Wira Dr Ameer Ali Mydin serta Pengarah MYDIN Mohamed Holdings, Datin Wira Dr Hajah Siti Hawa.

Jamaliah dalam kenyataan turut merakamkan penghargaan kepada Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan, Jabatan Kesihatan Negeri Selangor serta semua pihak yang menjayakan sambutan berkenaan.

"Semoga usaha ini terus menyemarakkan amalan keselamatan makanan di setiap rumah, sekolah, premis makanan dan komuniti di seluruh negeri Selangor," katanya.

Kategoriexco

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.