Lima kemudahan sukan MBPJ jadi lokasi rasmi SUKMA 2026

26 Jul 2026, 6:33 AM
Lima kemudahan sukan MBPJ jadi lokasi rasmi SUKMA 2026
Lima kemudahan sukan MBPJ jadi lokasi rasmi SUKMA 2026
Lima kemudahan sukan MBPJ jadi lokasi rasmi SUKMA 2026
Lima kemudahan sukan MBPJ jadi lokasi rasmi SUKMA 2026
Lima kemudahan sukan MBPJ jadi lokasi rasmi SUKMA 2026

PETALING JAYA, 26 JULAI: Lima kemudahan sukan milik Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) dipilih sebagai lokasi rasmi pertandingan Sukan Malaysia (SUKMA) dan Para SUKMA 2026 bermula Ogos depan.

Ia meliputi Stadium Bola Sepak MBPJ (bola sepak lelaki), Stadium Hoki MBPJ (hoki wanita), Kompleks Sukan Astaka MBPJ (skuasy), Kompleks Sukan Kelana Jaya (tenis) dan Kompleks Sukan Arena MBPJ (BMX).

Datuk Bandar Petaling Jaya berkata pihaknya berbangga dipilih sebagai Rakan Strategik Fasiliti Sukan sekali gus menjadi tuan rumah kepada beberapa acara yang menghimpunkan atlet seluruh negara.

Menurut Datuk Mohamad Zahri Samingon, pemilihan itu membuktikan keyakinan terhadap kualiti kemudahan MBPJ, selain mencerminkan keupayaan Selangor mengadakan temasya bertaraf nasional dan antarabangsa.

Persembahan sukan berbasikal BMX ketika Jelajah Larian Obor Sukan Malaysia (SUKMA) XXII dan Para SUKMA Selangor 2026 di Laman MBPJ, Petaling Jaya pada 26 Julai 2026. Foto FIKRI YUSOF/MEDIA SELANGOR

"Pemilihan fasiliti berkenaan mencerminkan piawaian infrastruktur sukan MBPJ yang memenuhi keperluan penganjuran kejohanan berprestij.

"(Ia juga) memperlihat komitmen berterusan pihak berkuasa tempatan (PBT) dalam menyokong aspirasi Kerajaan Selangor menjayakan SUKMA dan Para SUKMA 2026," katanya dalam kenyataan hari ini.

Terdahulu, beliau bersama EXCO Sukan Najwan Halimi menyempurnakan Jelajah Larian Obor SUKMA 2026 sejauh lima kilometer di Dataran Petaling Jaya yang disertai kira-kira 800 peserta.

Pada majlis itu, obor SUKMA diserahkan daripada Majlis Bandaraya Subang Jaya kepada MBPJ sebagai simbol kesinambungan jelajah yang melibatkan 12 PBT di Selangor.

Jelajah Larian Obor SUKMA akan diteruskan ke Majlis Perbandaran Kuala Langat sebelum menutup siri jelajah di Sepang pada 9 Ogos 2026.

SUKMA Selangor dijadual berlangsung dari 15 hingga 24 Ogos 2026, manakala Para SUKMA akan diadakan pada 5 hingga 14 September.

Kategoripbt

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.