RM12 juta diperuntuk naik taraf tujuh venue SUKMA 2026 di Klang

28 Jun 2026, 11:01 AM
RM12 juta diperuntuk naik taraf tujuh venue SUKMA 2026 di Klang
RM12 juta diperuntuk naik taraf tujuh venue SUKMA 2026 di Klang
RM12 juta diperuntuk naik taraf tujuh venue SUKMA 2026 di Klang
RM12 juta diperuntuk naik taraf tujuh venue SUKMA 2026 di Klang

KLANG, 28 JUN: Majlis Bandaraya Diraja Klang (MBDK) membelanjakan kira-kira 12 juta bagi menaik taraf tujuh venue acara Sukan Malaysia (SUKMA) 2026 yang berlangsung dalam kawasan pentadbirannya.

Datuk Bandar Klang Dato’ Abdul Hamid Hussain berkata penaiktarafan stadium hoki di Pandamaran memakan kos paling tinggi melibatkan kos berjumlah kira-kira RM7 juta bagi menggantikan padang tiruan selain penggantian lampu.

Bagi penggantian rumput di Padang Sultan Suleiman untuk acara ragbi, lebih RM1.5 juta diperuntukkan termasuk kos membaiki dan memindahkan tandas berjumlah RM600,000.

“Untuk SUKMA, MBDK terlibat dengan tujuh acara antaranya hoki, ragbi, bowling padang, ping pong dan bola keranjang. Sekarang hampir 90 persiapan sudah lengkap sepenuhnya.

“Kita turut memohon kerjasama dengan pemilik tanah swasta untuk menyediakan kemudahan parkir kerana kawasan di venue sedia ada tidak mencukupi. Kita harap penganjuran semua nanti berjalan lancar,” katanya.

Beliau ditemui ketika merasmikan Program Jom ‘Hike’ Sihat Fest 2026 anjuran Majlis Bandaraya Diraja Klang (MBDK) yang berlangsung meriah di Taman Rakyat, Seri Andalas hari ini.

SUKMA edisi ke-22 berlangsung dari 15 hingga 24 Ogos ini melibatkan 469 acara daripada 37 jenis sukan yang dipertandingkan di sembilan daerah membabitkan 52 venue.

PARA SUKMA akan diadakan dari 5 hingga 10 September melibatkan 369 acara daripada 10 sukan merangkumi renang, olahraga, badminton, ping pong, tenpin boling, boling padang, memanah, catur, boccia serta powerlifting.

Kategoripbt

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.