Buli: Polis tahan tiga pelajar sekolah menengah di Ampang

25 Jul 2026, 1:15 PM
Buli: Polis tahan tiga pelajar sekolah menengah di Ampang

KUALA LUMPUR, 25 JULAI: Polis menahan tiga pelajar lelaki sekolah menengah dekat sini kerana disyaki memukul seorang pelajar lain di sebuah flat di Ampang.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya ACP Khairul Anuar Khalid berkata dalam kejadian 12.31 tengah hari semalam, mangsa telah dibawa ke bawah tangga sebuah blok di Flat Sri Nilam, Ampang oleh seorang pelajar lelaki sebelum dipukul di bahagian muka dan badan oleh suspek.

“Motif kejadian dipercayai kerana mengganggu teman wanita seorang daripada suspek, kejadian kemudian dirakam oleh seorang pelajar lelaki dan disebarkan ke dalam kumpulan WhatsApp,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Khairul Anuar bekata ketiga-tiga remaja itu telah ditahan petang tadi dan kes disiasat mengikut Seksyen 147/507B Kanun Keseksaan.

Terdahulu, video berdurasi 3 minit 29 saat memaparkan seorang pelajar lelaki dipukul pelajar lain tular di media sosial, sambil dirakam oleh individu lain.

-- BERNAMA

Kategorijenayah

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.