24 murid pendidikan khas terima alat pendengaran menerusi Program Suara Harapan

23 Jul 2026, 12:30 PM
24 murid pendidikan khas terima alat pendengaran menerusi Program Suara Harapan

SHAH ALAM, 23 JULAI: Seramai 24 Murid Berkeperluan Pendidikan Khas masalah pendengaran di Sekolah Kebangsaan Pendidikan Khas Selangor menerima alat bantu pendengaran menerusi Program Suara Harapan, hari ini.

EXCO Pembangunan Wanita dan Kebajikan Masyarakat, Anfaal Saari berkata bantuan itu diharap dapat membantu murid mendengar dengan lebih jelas, berkomunikasi dengan lebih yakin serta mengikuti pembelajaran tanpa berasa terbatas.

EXCO Pembangunan Wanita dan Kebajikan Masyarakat, Anfaal Saari berucap pada majlis penyerahan alat bantu pendengaran kepada Murid Berkeperluan Pendidikan Khas (MBPK) masalah pendengaran menerusi Program Suara Harapan di Sekolah Kebangsaan Pendidikan Khas Selangor pada 23 Julai 2026. Foto Facebook Anfaal Shaari

“Saya berharap anak-anak ini terus percaya pada diri sendiri dan berani untuk bermimpi besar. Mungkin perjalanan mereka berbeza tetapi itu tidak pernah bermakna impian mereka perlu dikecilkan,” katanya menerusi hantaran di Facebook.

Beliau turut berharap lebih banyak ruang dan peluang dapat disediakan bagi membolehkan golongan itu mengembangkan potensi, menyerlahkan bakat serta membina masa depan yang diimpikan.

Program Suara Harapan yang disempurnakan Anfaal itu turut diisi dengan sesi penerangan oleh pasukan EARTISTIC Hearing & Balance Centre mengenai penggunaan dan penjagaan alat bantu pendengaran kepada murid serta ibu bapa.

EXCO Pembangunan Wanita dan Kebajikan Masyarakat, Anfaal Saari menyerahkan alat bantu pendengaran kepada Murid Berkeperluan Pendidikan Khas (MBPK) masalah pendengaran sempena Program Suara Harapan di Sekolah Kebangsaan Pendidikan Khas Selangor pada 23 Julai 2026. Foto Facebook Anfaal Saari

Kategoriexco

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.