Lebih 200 murid pendidikan khas sertai sukan Generasi Madani di Kuala Selangor

8 Dis 2025, 12:54 PM

SHAH ALAM, 8 DIS: Lebih 200 murid pendidikan khas dari 13 sekolah sekitar Kuala Selangor menyertai Program Sukan OKU Pendidikan Khas Generasi Madani 2025, pada 6 Disember lalu.

Berlangsung di Stadium Tertutup, Kompleks Sukan Kuala Selangor, program bertujuan memupuk keyakinan diri, meningkatkan kecergasan serta memberi ruang inklusif kepada murid berkeperluan khas.

Menurut MPKS, majlis perasmian program anjuran Majlis Perbandaran Kuala Selangor (MPKS) dengan kerjasama Pejabat Daerah Kuala Selangor itu disempurnakan Setiausaha MPKS, TPr Mohamad Yusli Askandar.

"MPKS terus komited mendokong nilai Malaysia MADANI, memperkasa komuniti dan memastikan tiada yang ketinggalan dalam pembangunan sosial serta penyertaan masyarakat," kata MPKS di Facebook.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.