ad

YANIS dedah murid pendidikan khas peluang latihan kemahiran

14 Nov 2025, 12:30 AM
YANIS dedah murid pendidikan khas peluang latihan kemahiran
YANIS dedah murid pendidikan khas peluang latihan kemahiran
YANIS dedah murid pendidikan khas peluang latihan kemahiran

SHAH ALAM, 14 NOV: Yayasan Insan Istimewa Selangor (YANIS) menerusi Program Independent Living Support Centre (ILSC) menganjurkan Program Jelajah Pemberdayaan OKU: Dari Sekolah ke Dunia Kemahiran di beberapa sekolah terpilih sekitar Klang.

YANIS dalam kenyataan berkata program bertujuan memberi pendedahan awal kepada ibu bapa, guru serta Murid Berkeperluan Pendidikan Khas (MBPK) mengenai peluang latihan kemahiran yang ditawarkan oleh YANIS berdasarkan minat dan keupayaan individu pelajar.

"Melalui program ini, ibu bapa dapat memahami laluan kemahiran yang sesuai untuk anak-anak serta bentuk sokongan yang disediakan oleh YANIS dalam membantu mereka membina kemahiran hidup, keyakinan diri dan seterusnya mencapai masa depan yang lebih berdikari," katanya menerusi Facebook.

Selain menjadi medium penyampaian maklumat, program jelajah berkenaan turut berperanan sebagai platform bagi YANIS mendekati komuniti sekolah serta meningkatkan kesedaran mengenai kepentingan pendidikan kemahiran dalam kalangan pelajar berkeperluan khas.

YANIS menegaskan pihaknya akan terus komited memperluas usaha pemberdayaan OKU di Selangor melalui pelbagai inisiatif latihan, advokasi dan pembangunan diri agar golongan tersebut dapat hidup dengan lebih bermaruah, berdikari dan berdaya saing.