Ribut petir, hujan lebat dijangka landa enam daerah Selangor

22 Jul 2026, 6:03 AM
Ribut petir, hujan lebat dijangka landa enam daerah Selangor

SHAH ALAM, 22 JULAI: Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang melibatkan beberapa kawasan di Selangor sehingga 3 petang ini.

MetMalaysia memaklumkan kawasan terjejas di Selangor membabitkan Sabak Bernam, Kuala Selangor, Hulu Selangor, Klang, Gombak dan Petaling.

Amaran sama turut melibatkan Hulu Perak, Kuala Kangsar, Manjung, Kinta, Perak Tengah, Kampar, Bagan Datuk, Hilir Perak, Batang Padang dan Muallim di Perak.

Selain itu, cuaca buruk turut dijangka melanda Kuala Lumpur, Mersing, Kota Tinggi dan Johor Bahru di Johor.

Di Sabah pula, kawasan Pantai Barat meliputi Papar, Putatan, Penampang, Kota Kinabalu, Tuaran dan Kota Belud serta Kudat turut berada di bawah amaran berkenaan.

MetMalaysia menjelaskan amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 milimeter sejam yang hampir berlaku atau dijangka berterusan melebihi sejam.

Menurut jabatan itu, amaran ribut petir ialah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam bagi setiap keluaran.

Kategorinasional

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.