Naik taraf sistem saliran USJ 9/5 dahului jadual, jangka siap Oktober

22 Jul 2026, 7:00 AM
Naik taraf sistem saliran USJ 9/5 dahului jadual, jangka siap Oktober
Naik taraf sistem saliran USJ 9/5 dahului jadual, jangka siap Oktober

SHAH ALAM, 22 JULAI: Kerja menaik taraf sistem saliran sepanjang 473 meter di Jalan USJ 9/5, Subang Jaya mencapai kemajuan 38 peratus hingga 1 Julai, sekali gus mengatasi jadual asal 32 peratus.

Majlis Bandaraya Subang Jaya (MBSJ) berkata projek yang dilaksanakan Jabatan Kejuteraannya bermula 18 Mei lalu bagi menangani masalah banjir kilat ketika hujan lebat dan dijadual siap pada 4 Oktober.

“Ia juga untuk menggantikan struktur longkang sedia ada serta meningkatkan keupayaan sistem saliran dalam mengurus aliran air larian permukaan dari kawasan sekitar.

“Projek ini dijangka dapat meningkatkan kecekapan dan ketahanan sistem saliran, mengurangkan risiko banjir kilat serta meningkatkan keselamatan dan keselesaan komuniti setempat,” katanya melalui hantaran di Facebook.

Pihak berkuasa tempatan itu memaklumkan pihaknya komited menyediakan infrastruktur berkualiti demi kesejahteraan warga Subang Jaya.

Kategoripbt

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.