SUKMA Selangor: Semua venue siap, hanya sentuhan akhir sebelum temasya

21 Jul 2026, 2:30 PM
SUKMA Selangor: Semua venue siap, hanya sentuhan akhir sebelum temasya

SHAH ALAM, 21 JULAI: Semua venue pertandingan bagi temasya Sukan Malaysia (SUKMA) XXII Selangor 2026 kini bersedia untuk digunakan dengan pihak penganjur memberi tumpuan kepada pemeriksaan akhir dan kerja penambahbaikan kecil sebelum temasya bermula bulan depan.

Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Sekretariat SUKMA Selangor, Datuk Yazid Sairi berkata semua lokasi pertandingan telah disiapkan sepenuhnya dan kini melalui fasa akhir persediaan bagi memastikan setiap kemudahan berada dalam keadaan terbaik.

Ketua Pegawai Eksekutif Sekretariat SUKMA Selangor Dato' Mohd Yazid Sairi bercakap kepada media selepas majlis perasmian padang dan penaiktarafan kemudahan di Stadium Hoki MBDK, Klang pada 21 Julai 2026. Foto REMY ARIFIN/MEDIA SELANGOR

"Daripada segi persiapan venue, semuanya telah siap 100 peratus. Sekarang kita hanya menjalankan kerja-kerja akhir atau sentuhan penambahbaikan sebelum digunakan sepenuhnya," katanya ketika ditemui Media Selangor selepas majlis perasmian padang dan penaiktarafan kemudahan di Stadium Hoki MBDK di sini.

Beliau berkata, kerja-kerja akhir itu melibatkan penyelenggaraan kecil serta pemeriksaan keseluruhan bagi memastikan kemudahan di setiap venue berada pada tahap optimum sebelum menerima kehadiran atlet dari seluruh negara.

Datuk Bandar Klang Dato’ Abdul Hamid Hussain dan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Sekretariat SUKMA Selangor, Datuk Yazid Sairi bergambar bersama pasukan hoki Selangor ketika majlis perasmian padang dan penaiktarafan kemudahan di Stadium Hoki MBDK, Klang pada 21 Julai 2026. Foto REMY ARIFIN/MEDIA SELANGOR

SUKMA Selangor 2026 dijadual berlangsung dari 15 hingga 24 Ogos, manakala PARA SUKMA 2026 akan diadakan dari 5 hingga 14 September.

Temasya berkenaan akan mempertandingkan 469 acara daripada 37 jenis sukan, manakala PARA SUKMA melibatkan 316 acara merangkumi 10 jenis sukan.

SUKMA Selangor 2026 turut menyaksikan penyertaan semua kontinjen negeri selain Brunei Darussalam yang sah menyertai temasya itu sebagai kontinjen jemputan, sekali gus melengkapkan penyertaan 15 kontinjen.

Sebelum ini, Dato' Menteri Besar Dato' Seri Amirudin Shari mengumumkan Dataran Kemerdekaan Shah Alam dipilih sebagai lokasi rasmi majlis pembukaan temasya berkenaan.

Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari merasmikan Pelancaran Sukarelawan Sukma XXII dan Para Sukma 2026 di Dataran Kemerdekaan Shah Alam, Shah Alam pada 8 Februari 2026. Foto FIKRI YUSOF/MEDIA SELANGOR

Kategorisukankini

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.