SUKMA 2026: Judo Selangor lonjak prestasi, raih enam pingat

24 Ogos 2026, 12:21 PM
SUKMA 2026: Judo Selangor lonjak prestasi, raih enam pingat
SUKMA 2026: Judo Selangor lonjak prestasi, raih enam pingat

SHAH ALAM, 24 OGOS: Acara judo Sukan Malaysia (SUKMA) 2026 melabuhkan tirainya dengan skuad Selangor menampilkan prestasi membanggakan apabila berjaya meraih enam pingat terdiri daripada dua emas, dua perak dan dua gangsa.

Pencapaian itu menyaksikan peningkatan ketara berbanding SUKMA Sarawak 2024 apabila Selangor hanya meraih tiga pingat gangsa dalam acara judo.

Antara detik penting kejayaan acara itu menerusi Muhammad Ashraf Md Khairuldin yang menghadiahkan pingat emas dalam kategori lelaki bawah 81 kilogram (kg), sekali gus menjadi antara penyumbang utama kejayaan Selangor pada temasya kali ini.

Lebih bermakna, kejayaan itu didedikasikan kepada arwah ibunya yang menjadi sumber kekuatan Ashraf sepanjang perjalanan sebagai atlet.

“Pingat ini saya hadiahkan kepada arwah mak saya. Saya juga rasa terhutang budi kepada jurulatih dan keluarga kerana banyak menyokong serta membantu saya sampai ke tahap ini,” katanya pada 15 Ogos lalu. 

Kategoriselangor

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.