Lori hilang kawalan rempuh dua kenderaan, langgar bangunan MPS

20 Jul 2026, 9:25 AM
Lori hilang kawalan rempuh dua kenderaan, langgar bangunan MPS

SHAH ALAM, 20 JULAI: Sebuah lori dipercayai hilang kawalan sebelum merempuh dua kenderaan lain dan sebuah bangunan di Taman Sri Hijau, Rawang, Sabtu lalu.

Ketua Polis Daerah Gombak, Ibrahim Husin memaklumkan kejadian kira-kira jam 3 petang itu melibatkan dua lori dan sebuah kereta.

"Siasatan awal mendapati pemandu lori tipper Nissan berusia 66 tahun sedang dalam perjalanan dari Taman Hijau menuju ke kediamannya di Batu Arang.

"Apabila tiba di lokasi kejadian, lori dipandu mangsa dipercayai hilang kawalan sebelum melanggar sebuah lori dan sebuah kereta yang berada di hadapan deretan kedai," katanya.

Akibat pelanggaran tersebut, lori berkenaan terbabas ke jalan bertentangan sebelum merempuh bucu bangunan Majlis Perbandaran Selayang (MPS) Cawangan Rawang dan berhenti di situ.

Beliau berkata, tiada sebarang kecederaan dilaporkan dalam kejadian berkenaan dan kes disiasat mengikut Seksyen 42(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Orang ramai yang menyaksiakan kejadian atau mempunyai maklumat diminta menghubungi Pegawai Penyiasat Trafik, Inspektor V. Rathana Kumar di talian 017-7745565 atau Bilik Gerakan Ibu Pejabat Polis Daerah Gombak di talian 03-61262222 bagi membantu siasatan.

Kategoriselangor

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.