Remaja 16 tahun diselamatkan daripada eksploitasi seks, dua lelaki ditahan

20 Okt 2026, 3:16 PM
Remaja 16 tahun diselamatkan daripada eksploitasi seks, dua lelaki ditahan

KANGAR, 20 OKT: Polis menyelamatkan seorang remaja perempuan berusia 16 tahun dipercayai mangsa eksploitasi seks dalam serbuan di sebuah premis di Arau, semalam.

Ketua Polis Perlis DCP Hamzah Hashim berkata dalam serbuan Ops Noda pada 11.15 malam itu pihaknya turut menahan dua lelaki berusia 15 dan 19 tahun disyaki menjalankan promosi aktiviti pelacuran melalui aplikasi MiChat dan melakukan eksploitasi seks terhadap kanak-kanak.

“Kes sedang disiasat mengikut Seksyen 14 Akta Antipemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migran 2007 serta Seksyen 372(1)(e) Kanun Keseksaan," katanya dalam kenyataan yang dimuat naik menerusi Facebook Polis Perlis malam ini.

Sehubungan dengan itu, Hamzah menasihati orang ramai supaya mematuhi undang-undang dan menyalurkan maklumat berkaitan jenayah kepada polis bagi membolehkan tindakan diambil.

Kategorijenayah

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.