Amaran cuaca buruk di Selangor, Kuala Lumpur hingga 9 malam

19 Jul 2026, 10:30 AM
Amaran cuaca buruk di Selangor, Kuala Lumpur hingga 9 malam

SHAH ALAM, 19 JULAI: Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang di beberapa negeri termasuk Selangor yang dijangka berterusan sehingga jam 9 malam ini.

Dalam kenyataan hari ini, MetMalaysia memaklumkan kawasan terlibat di Selangor ialah Hulu Selangor dan Gombak, manakala Kuala Lumpur turut berada di bawah amaran sama.

Selain itu, amaran turut melibatkan beberapa kawasan di Kedah, Perak, Kelantan, Terengganu, Pahang, Johor, Sarawak dan Sabah.

Di Semenanjung, kawasan yang dijangka mengalami cuaca buruk termasuk Baling, Kulim dan Bandar Baharu di Kedah; Kerian, Larut, Matang dan Selama, Hulu Perak, Kuala Kangsar, Kinta, Kampar, Batang Padang dan Muallim di Perak; Tumpat, Pasir Mas, Kota Bharu, Tanah Merah, Bachok, Machang dan Pasir Puteh di Kelantan; Besut, Dungun dan Kemaman di Terengganu; serta Tanah Tinggi Cameron, Lipis, Raub, Jerantut, Bentong, Temerloh, Kuantan dan Rompin di Pahang.

Di Johor, kawasan terlibat ialah Segamat, Mersing dan Kota Tinggi.

Sementara itu, di Malaysia Timur, amaran melibatkan beberapa bahagian di Sarawak termasuk Kuching, Sarikei, Sibu, Mukah, Bintulu, Miri dan Limbang, serta di Sabah meliputi Sipitang, Tenom, Keningau, Tambunan, Papar, Ranau, Tongod dan Telupid.

MetMalaysia menjelaskan amaran ribut petir dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 milimeter sejam yang hampir berlaku atau dijangka berterusan melebihi satu jam.

Amaran itu merupakan amaran jangka pendek yang sah untuk tempoh tidak melebihi enam jam bagi setiap keluaran.

Kategorinasional

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.