Gagal bayar sewa premis, MPSepang keluar 121 notis peringatan

19 Jul 2026, 9:05 AM
Gagal bayar sewa premis, MPSepang keluar 121 notis peringatan
Gagal bayar sewa premis, MPSepang keluar 121 notis peringatan
Gagal bayar sewa premis, MPSepang keluar 121 notis peringatan

SHAH ALAM, 19 JULAI: Majlis Perbandaran Sepang (MPSepang) mengeluarkan 121 Notis Peringatan Pematuhan Perjanjian kepada penyewa premis miliknya yang didapati gagal mematuhi syarat perjanjian penyewaan.

Menurut pihak berkuasa tempatan itu, notis berkenaan dikeluarkan menerusi Operasi Kawalan Pematuhan Perjanjian Penyewaan yang dilaksanakan Jabatan Penilaian dan Pengurusan Harta MPSepang, bermula 7 hingga 9 Julai lalu.

"Pemeriksaan melibatkan pemeriksaan di tiga zon iaitu Utara, Selatan dan Tengah, membabitkan premis seperti medan selera, pusat penjaja dan kiosk.

"Turut diperiksa kedai majlis, kawasan industri kecil dan sederhana (IKS) serta penempatan sementara," katanya.

Tegasnya, operasi seumpama itu akan diteruskan dari semasa ke semasa bagi memastikan penyewa mematuhi setiap syarat yang dipersetujui dalam perjanjian penyewaan, selain meningkatkan tahap tadbir urus dan pengurusan premis milik majlis.

"Ini antara usaha berterusan MPSepang bagi memastikan setiap penyewa premis milik majlis mematuhi syarat penyewaan.

"Ia sekali gus menjamin pengurusan aset majlis dilaksanakan secara lebih teratur, berintegriti dan mengikut peruntukan yang berkuat kuasa," katanya.

Kategoripbt

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.