Amaran ribut petir, hujan lebat di Selangor hingga 6 petang

19 Jul 2026, 8:00 AM
Amaran ribut petir, hujan lebat di Selangor hingga 6 petang

SHAH ALAM, 19 JULAI: Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang melibatkan beberapa negeri termasuk Selangor yang dijangka berterusan sehingga 6 petang hari ini.

Berdasarkan amaran yang dikeluarkan pada 3.40 petang, kawasan terlibat di Selangor ialah Hulu Selangor, Gombak dan Hulu Langat.

Selain Selangor, amaran sama turut melibatkan beberapa kawasan di Kedah, Pulau Pinang, Perak, Kelantan, Terengganu, Pahang, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Negeri Sembilan, Johor, Sarawak dan Sabah.

Di Semenanjung, kawasan terjejas termasuk Sik, Baling, Kulim dan Bandar Baharu di Kedah; seluruh Terengganu; Cameron Highlands, Lipis, Raub, Jerantut, Bentong, Pekan dan Rompin di Pahang; Jelebu di Negeri Sembilan serta Tangkak, Muar, Kluang, Kulai dan Kota Tinggi di Johor.

Di Malaysia Timur, amaran melibatkan Sarikei, Sibu dan Kapit di Sarawak, manakala di Sabah membabitkan kawasan Pantai Barat (Ranau) serta Sandakan (Kinabatangan).

Kategoriselangor

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.