MBPJ laksana Safer School Streets di SMK Taman Sea

17 Jul 2026, 9:44 AM
MBPJ laksana Safer School Streets di SMK Taman Sea
MBPJ laksana Safer School Streets di SMK Taman Sea

SHAH ALAM, 17 JULAI: Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) akan melaksanakan inisiatif Safer School Streets di Jalan 21/37 dan Jalan SS2/3 mulai 20 Julai bagi meningkatkan keselamatan pelajar dan pejalan kaki di sekitar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Taman Sea.

EXCO Pelaburan, Perdagangan dan Mobiliti Selangor Ng Sze Han berkata tinjauan di kawasan itu mendapati kira-kira 800 pejalan kaki menggunakan laluan dari Stesen LRT Taman Bahagia ke sekolah dalam tempoh hanya satu setengah jam.

Menurutnya, mereka berjalan kira-kira 500 meter ke sekolah, namun terdapat kenderaan yang dipandu sehingga 85 kilometer sejam, sekali gus menimbulkan kebimbangan terhadap keselamatan di kawasan berkenaan.

"Mulai 20 Julai, MBPJ akan melaksanakan inisiatif Safer School Streets di Jalan 21/37 dan Jalan SS2/3 bagi mewujudkan persekitaran yang lebih selamat untuk semua," katanya menerusi Facebook hari ini.

Beliau berkata antara penambahbaikan yang akan dilaksanakan termasuk penyediaan laluan pejalan kaki yang lebih selesa, lintasan pejalan kaki bertingkat, persimpangan yang lebih selamat, langkah menenangkan trafik serta had laju 30 kilometer sejam di kawasan sekolah.

Sze Han berkata Kerajaan Negeri bersama pihak berkuasa tempatan akan terus memperkukuh usaha mewujudkan bandar yang lebih mesra pejalan kaki di seluruh Selangor.

"Kerjasama semua pihak amat penting untuk menjadikan Selangor lebih selamat, mampan dan berkualiti untuk semua," katanya.

Kategoriexco

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.