MetMalaysia keluar amaran ribut petir libat tiga daerah di Selangor

17 Jul 2026, 6:06 AM
MetMalaysia keluar amaran ribut petir libat tiga daerah di Selangor

SHAH ALAM, 17 JULAI: Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang yang dijangka melanda tiga daerah di Selangor sehingga jam 3 petang ini.

MetMalaysia memaklumkan kawasan terlibat di Selangor ialah Hulu Selangor, Gombak dan Hulu Langat.

Amaran sama turut melibatkan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur serta beberapa negeri lain iaitu Perlis, Perak, Melaka dan Johor.

Di Kedah, kawasan terjejas meliputi Langkawi, Kubang Pasu, Kota Setar, Pokok Sena dan Padang Terap, manakala Pulau Pinang membabitkan daerah Barat Daya dan Timur Laut.

Di Pantai Timur, amaran dikeluarkan bagi Jeli, Kuala Krai dan Gua Musang di Kelantan, selain Besut, Setiu, Hulu Terengganu, Dungun dan Kemaman di Terengganu.

Bagi Pahang pula, kawasan yang dijangka terjejas ialah Tanah Tinggi Cameron, Kuantan, Pekan dan Rompin.

Sementara itu, di Negeri Sembilan, amaran melibatkan Jelebu, Seremban, Port Dickson, Kuala Pilah, Rembau dan Tampin.

Di Sabah, kawasan yang dijangka mengalami cuaca buruk ialah Tambunan di Pedalaman serta Ranau di Pantai Barat.

Menurut MetMalaysia, amaran ribut petir dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 milimeter sejam yang sedang berlaku atau dijangka berterusan melebihi sejam.

Katanya, amaran itu merupakan amaran jangka pendek yang sah bagi tempoh tidak melebihi enam jam bagi setiap keluaran.

Kategoriselangor

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.