MPS kompaun lapan premis, tutup tiga pusat tong sampah di Batu Caves

16 Jul 2026, 2:17 PM
MPS kompaun lapan premis, tutup tiga pusat tong sampah di Batu Caves
MPS kompaun lapan premis, tutup tiga pusat tong sampah di Batu Caves

SHAH ALAM, 16 JULAI: Majlis Perbandaran Selayang (MPS) mengeluarkan lapan kompaun selepas memeriksa 126 premis komersial dalam Operasi Penguatkuasaan Alam Sekitar di Taman Sri Batu Caves 1, 2 dan 3, Batu Caves pada 14 Julai lalu.

Operasi yang dilaksanakan Jabatan Pengurusan Sisa Pepejal dan Kesihatan (JPSPK) itu bertujuan memastikan setiap premis komersial menyediakan tong sampah individu serta mematuhi arahan membuang sampah di lokasi yang ditetapkan MPS.

MPS dalam kenyataan berkata pihaknya turut menutup tiga pusat tong sampah yang dikenal pasti menjadi punca limpahan sampah dan lokasi pembuangan sisa industri secara haram oleh pihak tidak bertanggungjawab.

"Susulan penutupan itu, kutipan sampah bagi semua premis komersial di kawasan terbabit akan dilaksanakan secara pintu ke pintu oleh KDEB Waste Management (KDEBWM)," katanya di Facebook.

Operasi berkenaan disertai Pengarah Jabatan Pengurusan Sisa Pepejal dan Kesihatan MPS, Ts. Hairudin Daud.

MPS mengingatkan orang ramai supaya tidak membuang sampah di kawasan awam atau di lokasi yang tidak dibenarkan.

Menurut pihak berkuasa tempatan itu, individu yang melanggar arahan berkenaan boleh dikenakan kompaun sehingga RM1,000 mengikut Undang-Undang Kecil Pemungutan, Pembuangan dan Pelupusan Sampah Sarap (MPS) 2007.

Kategoripbt

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.