STDC bangunkan Teraju AI 2.0, dijadual siap akhir tahun ini

17 Jul 2026, 3:00 AM
STDC bangunkan Teraju AI 2.0, dijadual siap akhir tahun ini
STDC bangunkan Teraju AI 2.0, dijadual siap akhir tahun ini

SHAH ALAM, 17 JUL: Pusat Pembangunan Kemahiran dan Teknikal Selangor (STDC) giat membangunkan Teraju AI 2.0 yang dijadual siap menjelang akhir tahun ini, kata ketua pegawai eksekutifnya.

Dr Harizal Hamid memberitahu aplikasi tersebut yang memberi tumpuan kepada sektor pendidikan adalah kesinambungan inisiatif Teraju AI yang diperkenal tahun lalu.

Beliau menjelaskan pihaknya melakukan transformasi sistem pentadbiran bagi meningkatkan produktiviti pengurusan dan pembangunan tenaga mahir berasaskan AI dalam versi 2.0.

“Kita terus kepada permasalahan semasa kepada agensi-agensi terlibat dan setiap agensi tersebut kita panggil serta nilai bagaimana masalah tersebut dapat kita diterjemah kepada solusi AI.

Selangor Technical Skills Development Centre (STDC) chief executive officer Harizal Hamid speaks to Media Selangor during an interview in Shah Alam on November 7, 2025. — Picture by HANISAH OTHMAN/MEDIA SELANGOR

“Kita tumpu kepada sektor pendidikan dengan inisiatif khusus dalam membangun dan melestarikan ekosistem pendidikan Selangor secara komprehensif,” katanya kepada Media Selangor.

Menurut Dr Harizal, Teraju AI adalah program transformasi perkhidmatan awam kepada AI yang disokong dengan kerjasama Google Asia Pacific Ltd yang dimeterai pada 24 Mac tahun lalu.

Katanya, 10 agensi dan anak syarikat bawah Kerajaan Negeri dipilih mengikuti program bagi membangunkan solusi AI dalam aplikasi pentadbiran agensi dan anak syarikat masing-masing.

“Program berlangsung dengan sasaran kepada pembangunan minimal viable product (MVP) solusi kecerdasan pintar yang dicadangkan,” katanya.

Beliau berkata Teraju AI 2.0 khusus untuk pengurusan pentadbiran dan pendidikan melibatkan Jabatan Pendidikan Negeri Selangor serta pembangunan skala penuh produksi MVP.

Katanya, aplikasi itu membabitkan pembangunan pusat inkubator AI di STDC dengan konsep kepada fasiliti sandbox selain melibatkan pembangunan AI bagi perusahaan kecil dan sederhana (PKS).

“Inisiatif pembangunan AI untuk PKS di Selangor giat diperkasa melalui pelbagai program bagi melahirkan Intelligent SME. Ia fokus kepada adaptasi teknologi, automasi operasi dan transformasi digital perniagaan tempatan,” katanya.

Dalam Belanjawan Selangor 2025, Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari berkata Selangor bercita-cita untuk menjadi wilayah utama dalam merancakkan sektor teknologi AI.

Justeru, Selangor bekerjasama erat dengan pihak industri untuk memanfaatkan AI dalam usaha meningkatkan produktiviti pekerja dan meningkatan kecekapan pentadbiran negeri.

Fakta STDC & Teraju AI. GRAFIK AZWA MALEK

Kategoriselangor

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.