Amaran ribut petir di Hulu Selangor hingga 5 petang

15 Jul 2026, 6:58 AM
Amaran ribut petir di Hulu Selangor hingga 5 petang

SHAH ALAM, 15 JULAI: Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang melibatkan daerah Hulu Selangor sehingga jam 5 petang ini.

Dalam kenyataan hari ini, MetMalaysia memaklumkan amaran berkenaan dikeluarkan susulan petunjuk berlakunya ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 milimeter sejam yang hampir berlaku atau dijangka berterusan melebihi tempoh sejam.

Menurut agensi itu, amaran ribut petir merupakan amaran cuaca jangka pendek yang sah bagi tempoh tidak melebihi enam jam bagi setiap keluaran.

Selain Selangor, amaran sama turut melibatkan beberapa kawasan di Perak, Kelantan, Terengganu, Pahang, Negeri Sembilan, Johor, Sarawak dan Sabah.

Orang ramai, khususnya penduduk di kawasan terlibat, dinasihatkan supaya sentiasa berwaspada dan mengikuti maklumat cuaca terkini yang dikeluarkan oleh MetMalaysia dari semasa ke semasa.

Kategoriselangor

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.