LUAS perketat rondaan Sungai Klang, Sungai Langat cegah pencemaran

14 Jul 2026, 2:58 AM
LUAS perketat rondaan Sungai Klang, Sungai Langat cegah pencemaran
LUAS perketat rondaan Sungai Klang, Sungai Langat cegah pencemaran
LUAS perketat rondaan Sungai Klang, Sungai Langat cegah pencemaran

SHAH ALAM, 14 JULAI: Lembaga Urus Air Selangor (LUAS) mempergiat rondaan dan pemantauan aktiviti navigasi jalan air pedalaman di Sungai Klang dan Sungai Langat bagi memastikan kawasan berkenaan bebas daripada sebarang aktiviti yang boleh menjejaskan sumber air.

LUAS dalam kenyataan di Facebook memaklumkan rondaan itu dilaksanakan bagi meninjau kawasan berkenaan daripada sebarang gangguan serta pencemaran air.

"Rondaan dan pemantauan LUAS adalah bagi meninjau kawasan berkenaan agar bebas daripada sebarang aktiviti yang boleh menyumbang kepada gangguan serta pencemaran air," menurut kenyataan itu.

Agensi itu turut mengingatkan semua pemegang lesen yang menjalankan aktiviti di badan air seperti sungai, tasik, tanah perairan dan terusan supaya mematuhi syarat serta peraturan yang ditetapkan.

Menurut LUAS, pematuhan itu penting bagi mengelakkan insiden pencemaran yang boleh menjejaskan kualiti dan kuantiti sumber air di Selangor.

"Pastikan anda memperoleh lesen dan kebenaran daripada LUAS sebelum sebarang aktiviti navigasi jalan air pedalaman dijalankan," katanya.

LUAS turut menyeru orang ramai supaya bersama-sama memelihara sumber air dengan mengamalkan prinsip "Sedar, Cakna dan Bertindak."

Kategoriselangor

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.