Puting beliung landa sawah padi Sekinchan, tiada kerosakan dilaporkan

11 Jul 2026, 8:03 AM
Puting beliung landa sawah padi Sekinchan, tiada kerosakan dilaporkan

SHAH ALAM, 11 JULAI: Satu puting beliung dipercayai membadai di kawasan sawah padi di Jalan Tali Air 4, Sekinchan, pagi tadi.

Exco Pelancongan dan Kerajaan Tempatan Selangor Datuk Ng Sue Lim berkata berdasarkan maklumat awal kejadian berlaku antara tiga hingga empat minit, namun tidak menyebabkan sebarang kecederaan atau kerosakan.

“Kejadian berlaku pada 11.40 pagi di tengah-tengah sawah padi dan berdekatan Terminal Sekinchan.

“Kita bersyukur kerana tiada kerosakan berlaku,” katanya yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sekinchan semasa dihubungi hari ini.

Terdahulu, satu video berdurasi 57 saat yang memaparkan kejadian puting beliung di tengah sawah padi yang dipercayai dirakam oleh penduduk di sekitar Jalan Tali Air 4 tular di media sosial.

Kategoriselangor

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.