Terap budaya membaca di semua peringkat, libat semua pelajar

10 Jul 2026, 11:00 AM
Terap budaya membaca di semua peringkat, libat semua pelajar
Terap budaya membaca di semua peringkat, libat semua pelajar
Terap budaya membaca di semua peringkat, libat semua pelajar

SHAH ALAM, 10 JUL: Tabiat membaca perlu diterap kepada pelajar semua peringkat jika benar-benar mahu melahirkan generasi berfikiran kritis, kata ahli akademik dan presiden Persatuan Pendidikan Falsafah dan Pemikiran Malaysia.

Menurut Dr Mohammad Alinor Abdul Kadir, Program Pencerahan Selangor (PENSEL) tidak seharusnya tertumpu kepada sesetengah pelajar sahaja sebaliknya meliputi semua peringkat sekolah dan institut pengajian tinggi.

“Inisiatif yang baik, cumanya masalah utamanya, kebanyakan pelajar peringkat menengah sudah tidak membaca. Kalau buat peringkat universiti pun, kejayaannya sedikit sebab mereka kurang membaca.

“Kalau Selangor hendak galakkan budaya membaca, perlu ke segenap (lapisan) termasuk sekolah rendah, menengah, universiti. Ia akan lebih berjaya kalau program melibatkan semua pelajar,” katanya kepada Media Selangor.

Menurut Dr Mohammad Alinor, usaha menyubur minat membaca dalam kalangan pelajar perlu melibatkan kerjasama semua pihak terutama Jabatan Pendidikan Negeri Selangor.

“Perlu dibuat program yang terancang. Dato' Menteri Besar sendiri juga lebih terarah kepada intelektualisme. Jadi kena ada kerjasama semua jabatan untuk realisasikan hasrat membentuk budaya membaca.

“Contoh hendak buat latihan membaca. Ia bukan mudah, perlukan latihan, minat kena ada serta langkah untuk pastikan ia konsisten,” katanya lagi.

Pada 7 Julai, Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari melancarkan PENSEL yang menetapkan penyertaan 800 pelajar tingkatan empat kepada perbincangan lima buku terkenal.

Naskhah tersebut ialah The Serviceberry (alam sekitar), Cita Sempurna Warisan Sejarah (kenegaraan), Sejarah Selangor 1766-1939 (sejarah), 1984 (kesusasteraan) dan Edible Economics (ekonomi).

Buku Pencerahan Selangor (PENSEL). GRAFIK AZWA MALEK

Kategoriselangor

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.