Program galak tabiat membaca diperkenal, 800 pelajar kupas lima buku

7 Jul 2026, 7:39 AM
Program galak tabiat membaca diperkenal, 800 pelajar kupas lima buku
Program galak tabiat membaca diperkenal, 800 pelajar kupas lima buku

SUBANG JAYA, 7 JULAI: Program Pencerahan Selangor (PENSEL) dilancar bagi menggalakkan tabiat membaca dengan menyasarkan penyertaan kira-kira 800 pelajar tingkatan empat di seluruh negeri ini.

Menurut Dato’ Menteri Besar, program kendalian Media Selangor Sdn Bhd (Media Selangor) dan Kumpulan Pendidikan TYMBA (TYMBA) itu berupaya berpotensi membentuk pelajar berfikiran kritis serta berani melontar pandangan.

Dato’ Seri Amirudin Shari menjelaskan program selama sembilan bulan secara percuma itu berlangsung Julai hingga Mac membabitkan kegiatan berkumpulan selepas sesi persekolahan.

“Saya percaya PENSEL ini menjadi pintu (ruang) atau buku digunakan mungkin menjadi pemangkin kepada mereka untuk memahami dan mendalami pemikiran atau karektor baharu.

Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari berucap ketika Program Pencerahan Selangor 2026 (PENSEL) kerjasama strategik antara TYMBA Education Group dan Media Selangor di The Saujana Hotel Shah Alam pada 7 Julai 2026. Foto NUR ADIBAH AHMAD IZAM/MEDIASELANGOR

“Negara tidak hanya boleh berdiri dengan penuh statik atau berhenti berimaginasi. Maknanya setiap generasi harus mengemuka imaginasi mereka, harus ada bayangan terhadap apa mereka ingini.

“PENSEL bukan sekadar perbincangan berkumpulan atau memenuhi program pendidikan Kerajaan Negeri. Sebaliknya menjadi asas kepada pembentukan, perjuangan, kemerdekaan, pembangunan, perubahan dalam diri kita,” katanya.

Turut hadir, Timbalan Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri Selangor Mohd Azuan Mohd Nawawi, Ketua Pegawai Eksekutif Media Selangor Mohamed Fareed Mohamed Ashaaree dan Ketua Pegawai Eksekutif TYMBA Airil Razali.

Amirudin berkata PENSEL yang diadakan seminggu sekali dilengkapi beberapa acara lain termasuk menggabungkan kelab buku, bengkel penulisan, dialog bersama tokoh dan penerbitan antologi.

Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari bersama Ketua Pegawai Eksekutif Media Selangor Sdn Bhd Mohamed Fareed Mohamed Ashaaree (tiga kanan) ketika perasmian Program Pencerahan Selangor 2026 (PENSEL) kerjasama strategik antara TYMBA Education Group dan Media Selangor di The Saujana Hotel Shah Alam pada 7 Julai 2026. Foto NUR ADIBAH AHMAD IZAM/MEDIASELANGOR

“Kita hendak lihat program ini beri impak, bukan sekadar yang biasa. Saya bayangkan ia merubah perspektif, paradigma, makna diri atau penampilan warga dan rakyat,” katanya.

PENSEL akan membedah lima buku iaitu The Serviceberry karya Robin Wall Kimmerer bertemakan alam sekitar dan Cita Sempurna Warisan Sejarah karya Syed Hussain al-Attas (kenegaraan).

Turut dibincangkan, buku Sejarah Selangor 1766-1939 karya JM Gullick (sejarah), 1984 karya George Orwell (kesusasteraan) dan Edible Economics karya Ha-Joon Chang (ekonomi).

Kategorinasional

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.