MetMalaysia keluar amaran ribut petir di Selangor hingga 2 petang

10 Jul 2026, 4:42 AM
MetMalaysia keluar amaran ribut petir di Selangor hingga 2 petang

SHAH ALAM, 10 JULAI: Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang membabitkan dua daerah di Selangor sehingga jam 2 petang hari ini.

MetMalaysia dalam kenyataan memaklumkan kawasan terlibat ialah Sabak Bernam dan Kuala Selangor, selain beberapa kawasan di Perak, Negeri Sembilan, Melaka, Johor, Sabah serta Wilayah Persekutuan Labuan.

Menurut jabatan itu, amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 milimeter sejam (mm/j) yang hampir berlaku atau dijangka berterusan melebihi sejam.

MetMalaysia menjelaskan amaran ribut petir ialah amaran cuaca jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam bagi setiap keluaran.

Orang ramai di kawasan terlibat dinasihatkan supaya sentiasa berwaspada, mengurangkan aktiviti luar serta mendapatkan maklumat cuaca terkini melalui saluran rasmi MetMalaysia.

Kategoriselangor

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.