Perkukuh aksesibiliti kemudahan awam menerusi bengkel audit akses OKU

8 Jul 2026, 2:15 PM
Perkukuh aksesibiliti kemudahan awam menerusi bengkel audit akses OKU
Perkukuh aksesibiliti kemudahan awam menerusi bengkel audit akses OKU
Perkukuh aksesibiliti kemudahan awam menerusi bengkel audit akses OKU

SHAH ALAM, 8 JULAI: Program Bengkel Training of Trainers (TOT) dan Audit Akses Dalam Persekitaran Alam Bina 2026 menjadi platform memperkukuh agenda aksesibiliti kemudahan awam bagi mewujudkan persekitaran lebih inklusif.

Pengerusi Majlis Tindakan Orang Kurang Upaya Selangor (MTOS), Danial Al-Rashid Haron berkata aksesibiliti bukan sekadar memenuhi standard pembinaan, sebaliknya memastikan setiap individu dapat menggunakan kemudahan awam dengan selamat, selesa dan bermaruah.

“Peserta bukan sahaja mengikuti sesi teori malah mereka juga berpeluang turun ke lapangan untuk menjalankan audit akses di beberapa bangunan sekitar Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) dan Selayang.

“Semakan dilakukan terhadap laluan pejalan kaki, pintu masuk, tandas, bilik, papan tanda serta kemudahan lain bagi menilai tahap kebolehcapaian kepada warga orang kurang upaya (OKU) berdasarkan prinsip reka bentuk sejagat,” katanya menerusi Facebook.

Menurut beliau, program berkenaan turut menjadi platform beliau berkongsi hala tuju Dasar OKU Selangor serta usaha yang sedang dilaksanakan bagi memperkukuh agenda aksesibiliti dan pembangunan inklusif di peringkat negeri.

Dalam pada itu, Danial berharap lebih ramai profesional, arkitek, jurutera serta pihak berkuasa tempatan (PBT) dapat membudayakan prinsip reka bentuk sejagat bagi membina Selangor dan Malaysia yang lebih inklusif untuk semua.

Program Bengkel Training of Trainers (TOT) dan Audit Akses Dalam Persekitaran Alam Bina 2026 itu dirasmikan EXCO Kebajikan Masyarakat, Anfaal Saari dan dianjurkan Prof Dato' Sri Ar Dr Asiah Abdul Rahim, tokoh dalam bidang reka bentuk sejagat dan aksesibiliti negara.

Kategoriadn

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.