Pakar: Tangani buli libatkan mangsa dan pembuli

8 Jul 2026, 9:58 AM
Pakar: Tangani buli libatkan mangsa dan pembuli

SHAH ALAM, 8 JULAI: Isu buli di sekolah perlu ditangani secara menyeluruh dengan mengenal pasti punca sebenar serta faktor yang mendorong berlakunya gejala itu, kata Pakar Psikologi Sosial, Dr Adnan Omar.

Beliau berkata, usaha membendung buli tidak boleh hanya tertumpu kepada mangsa, sebaliknya perlu turut melibatkan pembuli agar penyelesaian yang dilaksanakan lebih berkesan dan menyeluruh.

“Biasanya pemangsa tidak menunjukkan sebarang simptom tidak seperti kemurungan yang memencilkan diri, berfikiran dan emosi negatif dan gangguan waktu tidur.

“Sebab itu dalam konteks sekolah, saya amat yakin selain menjaga mangsa perlu diberi perhatian sewajarnya kepada pembuli…perlu ada perhatian tiga pihak termasuk pemerhati.

“Perlu ada perhatian ketiga-tiga pihak supaya keseluruhan sistem boleh diubah, jika tidak ia sistem akan memupuk budaya buli. Saya khuatir persekitaran tidak sihat akan beri contoh tidak baik jika tidak ditangani,” katanya kepada Media Selangor.

Dalam pada itu, beliau memaklumkan gejala buli biasanya berlaku kerana pembuli inginkan perhatian dan mahu dilihat dan diterima masyarakat sekeliling.

“Berdasarkan sudut psikologi, semua orang mahu rasa dimiliki, dihargai tidak kira peringkat umur. Sama juga pembuli, mungkin mereka kekurangan dari segi akademik dan tidak dikenali di sekolah.

“Jadi mereka ambil keputusan dengan melakukan sesuatu supaya dipandang selain mungkin di rumah ibu bapa tidak beri perhatian, bersikap kasar,” katanya.

Semalam, negara digemparkan dengan kejadian tikam di sebuah sekolah menengah di Banting yang membabitkan seorang pelajar perempuan Tingkatan Tiga.

Susulan kejadian itu, pelbagai maklumat mengenai individu yang dikaitkan dengan kes berkenaan tular di media sosial, termasuk dakwaan bahawa suspek merupakan orang kurang upaya (OKU) autisme.

Suspek kini direman selama empat hari bagi membantu siasatan.

Kategorinasional

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.