BRAIS mula disalur Ogos, manfaat 1,800 OKU Selangor

7 Jul 2026, 9:00 AM
BRAIS mula disalur Ogos, manfaat 1,800 OKU Selangor

SHAH ALAM, 7 JULAI: Penyaluran Bantuan Rahmah Insan Istimewa Selangor (BRAIS) dijangka bermula pertengahan Ogos ini secara berperingkat, memberi manfaat kepada 1,800 orang kurang upaya (OKU) di negeri ini.

EXCO Pembangunan Wanita dan Kebajikan Masyarakat Anfaal Saari berkata, seramai 1,800 pemohon dikenal pasti layak menerima bantuan itu daripada keseluruhan 4,096 permohonan yang diterima.

"Proses saringan dan penilaian oleh Yayasan Insan Istimewa Selangor (YANIS) sedang giat dilaksanakan bagi memastikan setiap permohonan diteliti secara telus serta memenuhi syarat dan kelayakan yang ditetapkan," katanya kepada Media Selangor.

Beliau berkata, Kategori A membabitkan bantuan yuran pusat terapi merekodkan jumlah permohonan tertinggi iaitu 2,691, sekali gus mencerminkan keperluan tinggi terhadap perkhidmatan intervensi dan pembangunan golongan OKU di Selangor.

Menurutnya, sambutan menggalakkan terhadap BRAIS turut menunjukkan permintaan terhadap bantuan kebajikan untuk komuniti OKU kekal tinggi.

"Sekiranya jumlah pemohon layak melebihi sasaran awal, Kerajaan Negeri akan meneliti kedudukan kewangan program sebelum mempertimbangkan langkah bersesuaian bagi memastikan bantuan dapat disalurkan sebaik mungkin," katanya.

Kerajaan Negeri memperuntukkan RM800,000 bagi melaksanakan BRAIS yang menggantikan Bantuan Khas Anak Istimewa Selangor (ANIS) dengan skop bantuan lebih luas untuk memenuhi keperluan pelbagai kategori penerima.

Program itu diwujudkan bagi menyokong pembangunan dan pendidikan golongan OKU, dengan sasaran memberi manfaat kepada 1,800 penerima di seluruh Selangor.

Kategoriexco

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.