Bantuan Rahmah Insan Istimewa terima 2,381 permohonan, yuran terapi tertinggi

14 Jun 2026, 12:00 AM
Bantuan Rahmah Insan Istimewa terima 2,381 permohonan, yuran terapi tertinggi
Bantuan Rahmah Insan Istimewa terima 2,381 permohonan, yuran terapi tertinggi
Bantuan Rahmah Insan Istimewa terima 2,381 permohonan, yuran terapi tertinggi
Bantuan Rahmah Insan Istimewa terima 2,381 permohonan, yuran terapi tertinggi

SHAH ALAM, 14 JUN: Lebih 2,000 permohonan Bantuan Rahmah Insan Istimewa (BRAIS) diterima sejak permohonan dibuka 1 Jun lalu bagi membantu golongan orang kurang upaya (OKU) di Selangor.

Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan Insan Istimewa Selangor (YANIS), Ar Kamarul Hisham Yeop Hashim berkata setakat ini 2,381 permohonan diterima, melepasi sasaran awal yang ditetapkan.

Menurut beliau, jumlah permohonan dijangka terus meningkat sehingga tarikh tutup pada 22 Jun ini.

“Setakat hari ini, kita dah terima 2,381 permohonan iaitu melebihi jangkaan awal yang YB sebutkan asalnya 1,800 orang.

“Jadi kita jangka sehingga kita tutup pada 22 Jun ini, permohonan meningkat sehingga 2,500 ke 3,000. Setakat ini, yang paling tinggi adalah permohonan untuk yuran terapi sebanyak 1,480,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pada Program Advokasi Penjagaan Orang Kurang Upaya (Autisme) peringkat Selangor di sini semalam.

Kamarul Hisham berkata proses saringan dan penilaian permohonan akan dilaksanakan sejurus selepas tempoh permohonan ditutup.

Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan Insan Istimewa Selangor (YANIS), Ar Kamarul Hisham Yeop Hashim ditemui dalam program Advokasi Penjagaan Orang Kurang Upaya (Autisme) peringkat Selangor di Hospital Al-Sultan Abdullah, UiTM Kampus Puncak Alam pada 13 Jun 2026. Foto MOHD KHAIRUL HELMY MOHD DIN/MEDIASELANGOR

“Kita jangka dalam masa dua minggu, selepas itu baru kita dapat uruskan dan salurkan bantuan tersebut,” ujarnya.

BRAIS ialah penjenamaan semula program Bantuan Khas Anak Istimewa Selangor (ANIS) bagi memperkukuh penyampaian bantuan kepada insan istimewa melalui pendekatan yang lebih tersusun dan inklusif.

Inisiatif di bawah YANIS itu menawarkan lima kategori bantuan bagi meringankan beban kewangan penerima serta keluarga yang memerlukan.

Antara bantuan disediakan ialah yuran pusat terapi, bantuan ubat-ubatan dan keperluan khas, masing-masing bernilai RM1,200 selain bantuan peralatan khas sehingga RM3,000.

Turut ditawarkan bantuan yuran persekolahan pendidikan khas berjumlah RM120 serta bantuan pembinaan atau penambahbaikan tandas mesra OKU sehingga RM1,500.

Permohonan terbuka kepada warganegara Malaysia yang merupakan pengundi di Selangor, manakala penerima manfaat hendaklah berusia 60 tahun ke bawah dan memiliki kad OKU yang berdaftar dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).

Pemohon juga perlu mengemukakan dokumen sokongan mengikut kategori bantuan yang dipohon sebelum menghantar permohonan secara dalam talian menerusi laman sesawang rasmi YANIS.

Kategoriselangor

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.