Permohonan Bantuan Rahmah Insan Istimewa (BRAIS) dibuka hingga 22 Jun

2 Jun 2026, 4:56 AM
Permohonan Bantuan Rahmah Insan Istimewa (BRAIS) dibuka hingga 22 Jun

SHAH ALAM, 2 JUN: Permohonan Bantuan Rahmah Insan Istimewa (BRAIS) 2026 kini dibuka kepada golongan Orang Kurang Upaya (OKU) di Selangor bermula 1 hingga 22 Jun ini.

Inisiatif di bawah Yayasan Insan Istimewa Selangor (YANIS) itu menawarkan lima kategori bantuan bagi meringankan beban kewangan penerima serta keluarga yang memerlukan.

Antara bantuan disediakan ialah yuran pusat terapi, bantuan ubat-ubatan dan keperluan khas, masing-masing bernilai RM1,200, selain bantuan peralatan khas sehingga RM3,000.

Turut ditawarkan bantuan yuran persekolahan pendidikan khas berjumlah RM120 serta bantuan pembinaan atau penambahbaikan tandas mesra OKU sehingga RM1,500.

Permohonan terbuka kepada warganegara Malaysia yang merupakan pengundi di Selangor, manakala penerima manfaat hendaklah berusia 60 tahun ke bawah dan memiliki kad OKU yang berdaftar dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).

Pemohon juga perlu mengemukakan dokumen sokongan mengikut kategori bantuan yang dipohon sebelum menghantar permohonan secara dalam talian menerusi laman sesawang rasmi YANIS.

BRAIS ialah penjenamaan semula program Bantuan Khas Anak Istimewa Selangor (ANIS) bagi memperkukuh penyampaian bantuan kepada insan instimewa melalui pendekatan yang lebih tersusun dan inklusif.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.