METMalaysia: Amaran ribut petir enam daerah Selangor hingga 1 tengah hari

7 Jul 2026, 3:46 AM
METMalaysia: Amaran ribut petir enam daerah Selangor hingga 1 tengah hari

SHAH ALAM, 7 JULAI: Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang melibatkan enam daerah di Selangor sehingga 1 tengah hari ini.

METMalaysia memaklumkan kawasan terjejas ialah Sabak Bernam, Kuala Selangor, Klang, Petaling, Kuala Langat dan Sepang.

Amaran sama turut melibatkan Wilayah Persekutuan Putrajaya, Negeri Sembilan iaitu Jelebu, Seremban dan Port Dickson serta Johor membabitkan Tangkak, Muar, Kulai, Kota Tinggi dan Johor Bahru.

Selain itu, cuaca buruk turut diramalkan di Sarawak melibatkan Tatau di Bintulu serta Subis di Miri, manakala di Sabah meliputi Putatan, Penampang, Kota Kinabalu, Tuaran, Kota Belud, Tawau, Telupid, Kinabatangan, Beluran, Sandakan dan Kudat.

Menurut METMalaysia, amaran ribut petir dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 milimeter sejam yang hampir berlaku atau dijangka berterusan melebihi sejam.

Orang ramai di kawasan terlibat dinasihatkan supaya berwaspada, mengelakkan aktiviti luar ketika ribut petir serta sentiasa mendapatkan maklumat cuaca terkini melalui saluran rasmi METMalaysia.

Kategorinasional

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.