MPHS sita barangan penjaja tanpa lesen di Bukit Beruntung

4 Jul 2026, 1:37 PM
MPHS sita barangan penjaja tanpa lesen di Bukit Beruntung

SHAH ALAM, 4 JULAI: Majlis Perbandaran Hulu Selangor (MPHS) menyita barangan penjaja tanpa lesen yang berniaga di Jalan Bunga Raya 1, Taman Bunga Raya, Bukit Beruntung dalam operasi penguatkuasaan pada Rabu lalu.

MPHS berkata operasi yang dijalankan Jabatan Penguatkuasaan itu dibuat susulan aduan berhubung aktiviti penjajaan berhampiran Sekolah Kebangsaan Taman Bunga Raya 1.

"Hasil pemeriksaan mendapati masih terdapat penjaja menjalankan perniagaan tanpa lesen, termasuk mendirikan khemah di kawasan berhampiran sekolah.

"Tindakan sitaan diambil mengikut Undang-Undang Kecil 3, Undang-Undang Kecil Penjaja (MDHS) 2007," katanya menerusi Facebook.

Menurut MPHS, semua barangan yang disita telah dilupuskan mengikut peruntukan undang-undang yang berkuat kuasa.

Kategoripbt

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.