MetMalaysia keluar amaran ribut petir di lapan negeri

4 Jul 2026, 7:20 AM
MetMalaysia keluar amaran ribut petir di lapan negeri

KUALA LUMPUR, 4 JULAI: Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang, yang dijangka melanda lapan negeri termasuk Sabah dan Sarawak hingga 6 petang ini.

MetMalaysia dalam kenyataan hari ini memaklumkan, cuaca buruk itu dijangka melanda Kedah (Kota Setar, Yan, Pendang, Kuala Muda dan Sik) dan Perak (Manjung dan Perak Tengah) serta Kemaman di Terengganu.

Amaran sama turut dikeluarkan bagi Kuantan di Pahang, Hulu Langat di Selangor serta Jelebu dan Seremban di Negeri Sembilan.

Di Sarawak, kawasan yang dijangka terjejas ialah Sarikei (Sibu) dan Mukah (Tanjung Manis dan Daro), manakala di Sabah, kawasan Pedalaman (Keningau dan Tambunan), Pantai Barat (Papar dan Penampang) dan Sandakan (Kinabatangan).

Kategorinasional

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.