Cukai taksiran: MPAJ ingatkan pemilik harta bayar sebelum 31 Ogos

4 Jul 2026, 2:34 AM
Cukai taksiran: MPAJ ingatkan pemilik harta bayar sebelum 31 Ogos

SHAH ALAM, 4 JULAI: Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) mengingatkan pemilik harta untuk menjelaskan cukai taksiran penggal kedua sehingga 31 Ogos depan bagi mengelak tindakan penguatkuasaan termasuk pengeluaran Notis E dan sitaan ke atas premis.

Pihak berkuasa tempata itu memaklumkan pemilik harta boleh membuat semakan dan bayaran cukai taksiran melalui pelbagai cara antaranya akaun iComm MPAJ, JomPay atau di kaunter dan kiosk aras 4, Menara MPAJ.

Menurut MPAJ, setakat 31 Mei lalu, MPAJ sudah mengutip cukai taksiran semasa berjumlah RM47.2 juta atau 91.23 peratus daripada sasaran penggal pertama, manakala kutipan tunggakan sebanyak RM10.7 juta (53.47 peratus) dalam tempoh sama. 

“Kutipan semasa mencatatkan penurunan RM1.9 juta atau 3.94 peratus berbanding tempoh sama tahun lalu.

“Bagaimanapun kutipan tunggakan meningkat RM2.9 juta atau 37.01 peratus, sekali gus menjadikan keseluruhan kutipan bertambah RM973,000 atau 1.71 peratus berbanding 2025.

“Untuk tahun ini, MPAJ menyasarkan kutipan cukai taksiran sebanyak RM103 juta, manakala jumlah tunggakan yang masih perlu dikutip dianggarkan RM20.1 juta,” katanya dalam kenyataan hari ini

Pada 20 Jun lalu, MPAJ melalui Unit Pasukan Runding dan Bayar Jabatan Hasil mengadakan rundingan penyelesaian melibatkan rumah-rumah di kawasan Taman Tun Abdul Razak, Ampang yang mempunyai tunggakan cukai taksiran.

“Sebanyak 28 premis harta dengan tunggakan melebihi RM10,000 telah dikunjungi, dengan jumlah keseluruhan tunggakan sebanyak RM492,538.24. 

“Daripada jumlah tersebut, sebanyak tujuh rumah kosong dengan jumlah tunggakan sebanyak RM164,048.21 turut dikenal pasti,” katanya. 

Sebarang pertanyaan, hubungi Jabatan Hasil MPAJ di talian 03-4285 7004 atau 03-4285 7282.

Kategoripbt

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.