Lelaki hilang tiga hari, ditemui meninggal dunia dalam parit

1 Jul 2026, 9:45 AM
Lelaki hilang tiga hari, ditemui meninggal dunia dalam parit

SHAH ALAM, 1 JULAI: Misteri kehilangan seorang lelaki sejak 29 Jun lalu terungkai apabila mayatnya ditemukan di dalam parit di tepi Jalan Puncak Borneo, Kampung Sinar Baru, Siburan, Sarawak hari ini.

Ketua Polis Daerah Padawan, Superintendan Mohd Irwan Hafiz Md Radzi berkata, difahamkan mangsa hilang sejak 29 Jun lalu, namun butiran lanjut mengenainya belum diperoleh, lapor Berita Harian.

Beliau berkata, setakat ini kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut (SDR).

Sementara itu, jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak berkata, pihaknya menerima panggilan bagi membantu mengangkat mayat pada jam 2.07 petang.

Beliau berkata, sepasukan lapan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Siburan dikejarkan ke lokasi yang terletak kira-kira 20 kilometer dari balai.

"Pasukan tiba di lokasi pada jam 2.28 petang dan mendapati benar terdapat seorang lelaki ditemukan meninggal dunia di dalam parit di tepi jalan.

"Anggota bomba kemudian menjalankan operasi mengangkat mayat sebelum diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut," katanya.

Kategorinasional

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.