Lelaki hilang sejak Selasa ditemukan maut dalam kereta di Kajang

24 Okt 2026, 12:44 PM
Lelaki hilang sejak Selasa ditemukan maut dalam kereta di Kajang

KUALA LUMPUR, 24 OKT: Seorang lelaki berusia 50-an yang gagal dihubungi keluarganya sejak Selasa lepas ditemukan maut di dalam sebuah kereta di tepi Jalan Impian Mahkota 1, Kajang di sini lewat malam tadi.

Ketua Polis Daerah Kajang Asisten Komisioner Naazron Abdul Yusof berkata pihaknya menerima laporan berhubung penemuan mangsa di tempat duduk pemandu kereta Perodua Axia pada 11.29 malam.

Beliau berkata pemeriksaan mendapati enjin kereta itu tidak dihidupkan manakala pintu berkunci.

"Pihak bomba membantu membuka pintu kenderaan itu, dan mangsa disahkan meninggal dunia oleh pasukan perubatan Hospital Kajang," menurutnya dalam kenyataan hari ini.

Naazron berkata siasatan awal tidak menemukan sebarang unsur jenayah, dan kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut.

"Siasatan lanjut dan bedah siasat akan dilakukan bagi mengenal pasti punca kematian," katanya.

Beliau meminta orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian menghubungi Pegawai Penyiasat Inspektor Shisheewady Ruzani menerusi talian 016-856 5670 bagi membantu siasatan.

Kategorinasional

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.