SUKMA 2026: MPSepang sedia ruang niaga di venue bantu peniaga jana pendapatan

30 Jun 2026, 2:10 PM
SUKMA 2026: MPSepang sedia ruang niaga di venue bantu peniaga jana pendapatan
SUKMA 2026: MPSepang sedia ruang niaga di venue bantu peniaga jana pendapatan

SHAH ALAM, 30 JUN: Majlis Perbandaran Sepang (MPSepang) akan menyediakan ruang perniagaan kepada peniaga dan penjaja di setiap venue temasya Sukan Malaysia (SUKMA) 2026 yang berada dalam kawasan pentadbirannya.

Yang Dipertuanya, Dr Ani Ahmad berkata, terdapat enam venue dalam daerah itu yang akan digunakan bagi penganjuran temasya dwitahunan berkenaan.

Menurut beliau, venue berkenaan ialah Stadium BB Salak Tinggi bagi acara bola sepak, Cyberjaya (berbasikal), Institut Penilaian Negara (memanah), Universiti Putra Malaysia (olahraga), Universiti Tenaga Nasional (silat olahraga) serta Velodrom Nasional bagi acara basikal trek.

“Kita ada di ada lima atau enam venue itu yang kita galakkan, letak kiosk kecil untuk peniaga berniaga di sana termasuk juga peniaga foodtruck (kendera saji).

Yang Dipertua Majlis Perbandaran Sepang (MPSepang) Dr Ani Ahmad berucap sempena majlis penyerahan lori kompaktor dan arm roll baharu KDEB Waste Management (KDEBWM) kepada pihak berkuasa tempatan itu di MPSepang pada 5 Disember 2025. Foto REMY ARIFIN/MEDIA SELANGOR

“Kita pun sebenarnya telah mengaturkan strategi…contohnya stadium, berapa ramai akan ada dan kita telah pun membuat kiraan berapa banyak kiosk yang boleh kita tempatkan di situ.

“Ini secara langsung memberikan alternatif kepada peniaga untuk teruskan kelangsungan perniagaan,” katanya kepada Media Selangor.

Februari lalu, Dr Ani dilantik sebagai timbalan ketua kontinjen Para SUKMA selain Ahli Dewan Negeri Kampung Tunku Lim Yi Wei sebagai ketua kontinjen.

SUKMA kali ke-22 berlangsung dari 15 hingga 24 Ogos depan manakala Para SUKMA pula dari 5 hingga 10 September.

Sebanyak 474 acara daripada 37 jenis sukan dipertandingkan di sembilan daerah membabitkan 52 venue pertandingan, manakala Para SUKMA membabitkan 10 jenis sukan dan 316 acara yang dipertandingkan di daerah Petaling dan Klang.

Kategoripbt

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.