Program komuniti DUN Bukit Gasing raih pujian, penuhi minat penduduk

29 Jun 2026, 7:39 AM
Program komuniti DUN Bukit Gasing raih pujian, penuhi minat penduduk

SHAH ALAM, 29 JUN: Pendekatan pejabat Ahli Dewan Negeri (ADN) Bukit Gasing yang konsisten menganjurkan pelbagai program komuniti mengikut minat dan keperluan penduduk meraih pujian warga maya selepas tular di platform Threads baru-baru ini.

ADN Bukit Gasing, Rajiv Rishyakaran berkata pihaknya sememangnya menganjurkan program komuniti hampir setiap bulan dengan mengambil kira kepelbagaian minat serta keperluan masyarakat bagi memastikan lebih ramai penduduk dapat menikmati manfaatnya.

"Kita memang buat program setiap bulan dan cuba pelbagaikan pengisian kerana penduduk pelbagai jenis minat. Kita buat pelbagai jenis program demi menyentuh hati ramai orang," katanya ketika dihubungi Media Selangor.

Menurut beliau, antara program yang pernah dianjurkan ialah kelas penggunaan telefon pintar untuk warga emas, bengkel mobiliti yang memberi pendedahan mengenai kepentingan kekal aktif dan sihat apabila meningkat usia, selain bengkel seni pastel Nagomi sebagai medium meluahkan emosi serta mengurangkan rasa terasing dalam kalangan golongan itu.

Tangkap layar warga maya yang tular di platform Threads baru-baru ini memuji pendekatan Ahli Dewan Negeri (ADN) Bukit Gasing Rajiv Rishyakaran menganjurkan program untuk komuniti

Rajiv berkata pendekatan mempelbagaikan program membolehkan pejabat khidmat masyarakatnya mendekati lebih ramai penduduk daripada pelbagai latar belakang dan peringkat umur.

Terdahulu, hantaran mengenai pelbagai program komuniti yang dianjurkan pejabat ADN Bukit Gasing tular di Threads apabila menerima pelbagai komen positif daripada warga maya.

Setakat berita ini ditulis, hantaran itu sudah meraih 2,900 ‘likes’, 76 komen serta 254 perkongsian.

Rata-rata menyifatkan pendekatan itu sebagai usaha proaktif dalam memenuhi keperluan masyarakat pelbagai lapisan umur, selain menggalakkan penglibatan komuniti menerusi program yang lebih dekat dengan kehidupan seharian.

Antara program menarik dianjurkan Ahli Dewan Negeri (ADN) Bukit Gasing Rajiv Rishyakaran untuk komuniti di DUN berkenaan

Kategoriadn

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.