Penduduk DUN Bukit Gasing manfaat vaksin influenza percuma, saringan kesihatan

11 Jun 2026, 4:55 AM
Penduduk DUN Bukit Gasing manfaat vaksin influenza percuma, saringan kesihatan

SHAH ALAM, 11 JUN: Sebanyak 200 dos vaksin influenza percuma diberikan kepada penduduk sekitar Bukit Gasing menerusi kempen kesedaran kesihatan, baru-baru ini.

Ahli Dewan Negeri (ADN) Bukit Gasing, R Rajiv berkata program yang diadakan di Sekolah jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Chen Moh, Petaling Jaya, pada 7 Jun lalu, menerima sambutan menggalakkan sekali gus membuktikan kesedaran masyarakat mengenai kepentingan pencegahan penyakit.

Menurut beliau, program dengan kerjasama Hospital Assunta itu turut menawarkan saringan kesihatan kepada penduduk yang hadir.

Ahli Dewan Negeri (ADN) Bukit Gasing, R Rajiv

"Program ini memberi peluang kepada penduduk untuk memeriksa tahap kesihatan masing-masing selain meningkatkan kesedaran mengenai kepentingan pencegahan dan pengesanan awal penyakit.

"Inisiatif ini mencerminkan kepentingan pencegahan dan pengesanan awal dalam mengekalkan tahap kesihatan yang baik," kongsinya di Facebook.

Rajiv berkata program itu menjadi platform untuk membina komuniti yang lebih sihat, kuat dan berdaya tahan.

Kategoriadn

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.