Vaksin influenza percuma untuk 200 warga emas di Petaling Jaya

19 Jul 2026, 8:52 AM
Vaksin influenza percuma untuk 200 warga emas di Petaling Jaya

SHAH ALAM, 19 JULAI: Seramai 200 warga emas sekitar Petaling Jaya berpeluang mendapatkan suntikan vaksin influenza secara percuma pada 26 Julai ini.

Ahli Dewan Negeri (ADN) Bukit Gasing Rajiv Rishyakaran berkata program itu akan berlangsung di Dewan Sekolah Kebangsaan (SK) Sri Damai, Petaling Jaya dari jam 9 hingga 11 pagi.

Beliau berkata individu berusia 60 tahun ke atas yang telah mendaftar digalakkan hadir sebelum jam 10.30 pagi.

"Selepas waktu itu, slot vaksin yang tidak dituntut akan dibuka kepada peserta hadir terus (walk-in) mengikut konsep siapa cepat dia dapat," katanya menerusi Facebook.

Menurutnya, pendaftaran boleh dibuat menerusi pautan https://forms.gle/HomALo35DLAQyHom9.

Selain suntikan vaksin influenza, program itu turut menawarkan saringan kesihatan asas secara percuma kepada orang ramai tanpa memerlukan pendaftaran awal.

Rajiv turut menggalakkan orang ramai membawa ahli keluarga, jiran dan rakan-rakan bagi memanfaatkan kemudahan kesihatan yang disediakan serta bersama-sama membina komuniti yang lebih sihat.

Kategorihebahan

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.