Enam daerah di Selangor, KL, Putrajaya diramal hujan lebat hingga 7 malam

28 Jun 2026, 8:40 AM
Enam daerah di Selangor, KL, Putrajaya diramal hujan lebat hingga 7 malam
Enam daerah di Selangor, KL, Putrajaya diramal hujan lebat hingga 7 malam

SHAH ALAM, 28 JUN: Hujan lebat, ribut petir dan angin kencang dijangka melanda beberapa kawasan di Selangor, Kuala Lumpur, Putrajaya dan sembilan negeri hingga 7 malam ini.

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) memaklumkan di Selangor, hujan lebat dijangka melanda Hulu Selangor, Gombak, Petaling, Kuala Langat, Hulu Langat dan Sepang.

Selain itu cuaca sama dijangka melanda Perlis, Pulau Pinang, Kedah melibatkan Langkawi, Kubang Pasu, Padang Terap, Kuala Muda dan Kulim serta Perak (Hulu Perak, Kuala Kangsar, Manjung, Kinta, Perak Tengah, Kampar dan Bagan Datuk).

Kelantan pula melibatkan Gua Musang, Terengganu (Besut, Setiu, Kuala Nerus, Hulu Terengganu dan Dungun), Pahang (Tanah Tinggi Cameron, Raub, Bentong dan Rompin), Sarawak melibatkan Kuching (Bau dan Kuching), Serian, Samarahan, Sri Aman, Betong, Sarikei (Sarikei), Sibu (Selangau), Mukah, Kapit (Song dan Kapit), Bintulu (Tatau) dan Miri (Subis dan Miri).

Di Sabah, kawasan terlibat ialah Pedalaman (Keningau dan Tambunan), Pantai Barat (Ranau) dan Sandakan (Telupid, Kinabatangan, Beluran dan Sandakan).

Amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda ribut petir dengan hujan melebihi 20 mm/jam yang hampir berlaku atau dijangka berterusan lebih sejam.

Orang awam dinasihat sentiasa merujuk laman sesawang rasmi MetMalaysia di www.met.gov.my, mengikuti media sosial mereka serta memuat turun aplikasi myCuaca untuk mendapatkan maklumat terkini dan tepat.

Foto Facebook Malaysian Meteorological Department

Kategorinasional

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.