Penerbit buku agama digesa lebih cermat, lantik pakar semak kandungan - JAKIM

28 Jun 2026, 6:07 AM
Penerbit buku agama digesa lebih cermat, lantik pakar semak kandungan - JAKIM

PUTRAJAYA, 28 JUN: Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) menggesa Majlis Buku Kebangsaan Malaysia supaya sentiasa mengingatkan semua penerbit agar lebih cermat dan berhati-hati ketika menerbitkan buku agama yang melibatkan teks al-Quran dan hadis.

Ketua Pengarah JAKIM Datuk Dr Sirajuddin Suhaimee dalam kenyataan hari ini memaklumkan jabatan itu bersama pihak berkuasa agama Islam negeri-negeri juga bersedia memberikan panduan dan bimbingan kepada semua penerbit buku kandungan agama bagi memastikan penerbitan mematuhi kehendak syarak.

Kenyataan itu dikeluarkan susulan kontroversi kesilapan dalam sebuah buku agama tulisan seorang pempengaruh.

Beliau berkata jabatan itu menyokong kenyataan tegas Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Dr Zulkifli Hasan supaya penerbit memelihara kesucian Islam, selain memastikan buku-buku agama disemak pihak berautoriti bagi mengesahkan kandungannya.

Sirajuddin berkata setiap penulis perlu bertanggungjawab sepenuhnya terhadap buku yang dihasilkan, manakala penerbit buku kandungan agama perlu melantik pasukan pakar serta petugas berkelulusan pengajian Islam untuk menyemak semua kandungan agama sebelum diterbitkan.

Kategorinasional

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.